![page background](https://cdn.smore.com/_fr/BAdM4FMDKJzEV1cgHlpuMA.9a74ff1c.jpg)
Pengurusan melalui Google Calendar
![Pengurusan melalui Google Calendar](https://cdn.smore.com/u/6c18/f91462b476d3a6981bafa3985539e1d1.jpg)
2. MyRACE (My Rujukan Akses Cepat Elektronik)
MyRACE (My Rujukan Akses Cepat Elektronik) dalam bentuk Kalendar bercetak bermula tahun 2017 telah mengetengahkan penggunaan Google Calendar di IPGKBM. MyRACE masih lagi digunakan untuk pautan kepada beberapa laman web penting untuk pengurusan kualiti di IPGKBM. Walau bagaimanapun penggunaan Google Calendar pada 2022 baru dilaksanakan sepenuhnya. MyRACE boleh diakses dari Laman Web IPGKBM. Untuk melihat lebih lanjut, tekan pada imej kalendar untuk MyRACE 2018.
A. Google Calendar
Setiap akaun Google Workspace for Education akan dilengkapi dengan Google Calendar. Anda boleh gunakan Google Calendar secara peribadi atau berkongsi.
Di manakah Google Calendar dalam persekitaran Google?
Google Calendar boleh diakses pada Sidebar dalam Gmail, Google Drive dan semua aplikasi dalam Google Drive. Ini adalah untuk memudahkan contohnya memuat naik dokumen apabila kita 'Create Event'.
Cara pelajari Google Calendar secara kendiri
Masuk Google Classroom dan rujuk Tugasan 1. Kita akan lalui perkara ini bersama-sama. Untuk modul Gmail, anda akan ikuti secara kendiri pada sesi petang. Jangan lupa untuk hantar bukti kedua-dua sijil bagi mendapatkan lencana Google Applied Digital Skill Student. Jom!
Shared Calendar
Kita boleh laksanakan Google Calendar yang dikongsi untuk memudahkan urusan harian dan juga urusan PdP. Buat kalendar yang dikongsi mengikut keperluan seperti jabatan/ projek/ kelas contohnya. Rujuk video ini:
Gunakan Kod Warna dalam Google Calendar
Anda boleh gunakan kod warna untuk Google Calendar mengikut kepentingan/ keutamaan.
B. GMail
Penggunaan Gmail boleh ditambahbaik melalui penggunaan filter dan labels. Bermula Februari 2022, Gmail telah diberi kemas kini oleh Google. Antaranya adalah penggunaan Google Meet dan Chat terus dari Gmail. Tonton video berikut untuk lihat kemas kini dari Google.
Untuk modul Gmail, anda perlu masuk dahulu ke Google Classroom dan rujuk Tugasan 2. Ini akan dilaksanakan secara kendiri. Apabila anda mendapat sijil, anda akan menghantar bukti sijil tersebut bagi membolehkan markah PLC dan juga epembelajaran dibuat.
Pautan kepada Kelas Google Applied Digital Skills
Klik pautan ini.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pengurusan digital akan jadi lebih baik jika kita gunakan Google Calendar secara bersistem. Gmail akan dapat membantu pengurusan masa dan aktiviti harian melalui Google Calendar.