Pemanfaatan Pengurusan PDT
Tajuk 5 GAPD1032 Asas Pembelajaran Digital
Teknologi boleh dimanfaatkan dengan baik apabila kita menggunakan teknologi dan sumber digital mengikut keupayaan yang ditawarkan. Ini dikatakan sebagai 'learning affordances'. Contohnya, apabila kita gunakan Google Classroom sebagai ruang kelas maya, kita perlu gunakan fitur-fitur yang ditawarkan sebagai satu keupayaan yang boleh membuatkan proses-proses yang perlu dilalui oleh seseorang pelajar digital menjadi berkesan.
Pada tajuk 4 anda telah pelajari tentang 4 proses yang anda alami sebagai seorang pelajar digital:
- Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
- Inovasi dalam PdPC
- Pentaksiran
- Pengurusan PdPC
Kesemua proses ini anda boleh manfaatkan melalui Sistem pengurusan Pembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan Digital.
Sistem Pengurusan Pembelajaran
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) telah berubah selaras dengan kemajuan teknologi. Hal ini membuatkan pembelajaran berbentuk elektronik atau e-pembelajaran dapat dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan menggunakan pelbagai perkakasan. Antaranya adalah perlakasanakan dalam bentuk:
- e-learning
- m-learning
- u-learning
- MOOC
Apakah perbezaan kesemua konsep di atas? Rujuk ilustrasi berikut:
U-learning atau Ubiquituous Learning adalah 'tambahan' kepada persekitaran pembelajaran elektronik seperti m-learning. Dalam U-learning, persekitaran adalah agak luwes (flexible) dan bebas dari penggunaan wayar.
Sebagai pelajar digital dan juga bakal guru digital, anda juga telah dibekalkan dengan ID DELIMa dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Digital Educational Learning Initiatives Malaysia (DELIMa) adalah inisiatif pendigitalan pendidikan di Malaysia. Dari Portal DELIMa, anda boleh belajar tentang teknologi, dengan teknologi dan melalui teknologi oleh pihak pembekal perkhidmatan digital seperti Google, Apple dan Microsoft.
Anda boleh rujuk kepada pelbagai aspek teknologi dan sumber digital yang ditawarkan oleh Google melalui Google Workspace for Education yang juga merupakan tapak asas kepada DELIMa KPM. Klik butang berikut untuk pelajari.
MOOC (Massive Open Online Course)
Sistem Pengurusan Kandungan Digital
- Open Education Resource (OER)
- Digital Learning Object (DLO)
Dalam DELIMa, anda akan temui pelbagai sumber terbuka atau OER yang dihasilkan oleh guru-guru seluruh Malaysia. Ada juga bahan dalam Ruang Ilmu DELIMa yang boleh dianggap sebagai Objek Pembelajaran digital atau DLO. Bahan digital ini boleh digunakan oleh guru atau anda sendiri untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Open Educational Resource (OER)
Lesen terbuka OER
Digital Learning Object (DLO)
Bahan Terbuka Google-Apple-Microsoft
Google Applied Digital Skills
Apple Teacher Centre
Microsoft Educator Centre
DLO-KPPB IPG Malaysia
Anda boleh rujuk laman pembelajaran digital untuk DLO-KPPB di bawah kelolaan IPG Malaysia. Klik pada imej untuk ke laman web DLO IPG Malaysia.