OPD-KPPB 2023
December 22nd, 2022
Objek Pembelajaran Digital (OPD--KPPB)?
Objek Pembelajaran Digital merupakan satu terma yang mula diperkenalkan oleh David Wiley pada tahun 2000. Pelbagai definisi diberikan kepada Digital Learning Objects, tetapi secara umumnya OPD adalah merupakan sumber dan teknologi digital yang direka bentuk untuk pengajaran dan pembelajaran dengan beberapa ciri yang menjadikan DLO berkesan (effective) , menarik (appealing) dan menambahkan kecekapan (efficiency). Ada yang merujuk kepada unit modul yang kecil yang boleh diguna semula (re-use) dan ada yang merujuk OPD sebagai satu 'instructional event' yang merangkumi satu semester.
Untuk DLO-KPPB konsep Digital Learning Object adalah berdasarkan Model KPPB yang direka bentuk sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa warga IPGM. Rujuk laman web OPD-KPPB sebagai panduan.
Keperluan untuk melaksanakan KPPB dan OPD di IPG telah dinyatakan dalam Dasar Pembelajaran Digital (DaPeD) 2019-2025 sebagai salah satu Transformasi IPG. Anda boleh rujuk kepada penerangan pada pautan ini dan dokumen lengkap DaPeD pada pautan berikut.
OPD atau Digital Learning Object (DLO) merupakan satu sasaran bermula tahun 2020 di bawah NPDL (New Pedagogies for Deep Learning yang kemudiannya di hakciptakan kepada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna. Rujuk kepada sasaran terkini untuk 2024, kandungan digital perlu dimantapkan. OPD adalah merupakan kandungan digital yang semua pensyarah perlu bangunkan berdasarkan KPPB.
Dasar Pendidikan Digital KPM mula diluncurkan pada 28 November 2023. 6 teras utama disokong dengan 18 strategi dinyatakan dalam mengahsilkan murid yang FASIH DIGITAL. Kandungan digital yang direka bentuk perlulah memberi pengalaman yang membawa kepada pelajar yang FASIH DIGITAL.
Kepentingan kepada Masyarakat dan Nilai
5 Tonggak Pembelajaran (UNESCO)
Kerangka KPPB-OPD IPGM
Kerangka OPD-KPPB Kontemporari
sebagai penambahbaikan, kerangka OPD-KPPB Kontemporari dihasilkan:
DLO-KPPB direka bentuk untuk menjelmakan konsep KPPB dalam pengajaran dan pembelajaran IPG. KPPB atau Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna adalah pendekatan yang digunakan bagi menyediakan para pelajar IPG sebagai guru masa hadapan. Melalui KPPB, pelajar-pelajar IPG diharapkan akan dapat MENGALAMI dan mencuba kluster pedagogi terkini atau kontemporari, dan kluster tersebut secara keseluruhannya akan berbeza dengan cara pembelajaran mengikut generasi.
Kenapa Kluster Pedagogi Kontemporari?
Mereka bentuk pengalaman pembelajaran pelajar perlu bermula dari guru atau pendidik itu sendiri. Mulakan dengan refleksi diri dengan menilai apakah reka bentuk diri kita?
Pendidikan Global Sohor Kini?
Rujuk kepada Pendidikan untuk 2030 bagi mempelajari agenda pembelajaran untuk generasi yang akan mengisi ruang pekerjaan pada tahun 2030. Dari situ kita akan dapat merancang dan mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk generasi tersebut.
Rujuk juga kepada Horizon Report bagi 2022 untuk pelajari apakah sohor kini pendidikan pada peringkat global kerana dokumen ini akan dapat membantu kita memilih teknologi dan sumber digital yang sesuai dengan generasi akan datang.
Perbezaan Generasi X, Y, Z dan Alpha?
Rujuk ilustrasi berikut, bagaimanakah generasi berbeza belajar? Sememangnya berbeza antara generasi X, Y, Z dan alpha. Kebanyakan pensyarah di IPG adalah generasi X dan juga ada yang generasi Y. Kedua-dua generasi ini dahulunya diajar dengan oleh generasi Baby Boomers berdasarkan kapasiti teknologi pada zaman mereka.
Cabarannya adalah apabila Generasi X dan Y akan mengajar Generasi Z untuk sediakan Generasi Alpha sebagai tenaga kerja masa akan datang. Jadi bagaimanakah kita mendidik bakal guru yang akan mengajar generasi yang cenderung kepada pembelajaran 'virtual'?
Kenapa Pemanfaatan Digital?
Pemanfaatan digital adalah satu komponen penting dalam KPPB. Untuk sediakan pelajar yang kalis masa hadapan, pensyarah perlu mulakan dengan guru yang akan ke sekolah dan mengajar generasi yang akan memenuhi tempat kerja pada 2030 nanti. Kemahiran yang mula diajar di sekolah akan membantu tenaga kerja masa hadapan dan membantu mereka untuk bergerak sebagai warganegara dunia yang proaktif serta mendahului warga dunia lain.
Dimulakan dengan mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang kalis masa hadapan dan menggunakan pedagogi yang kontemporari, bakal tenaga kerja ini akan belajar bukan hanya dengan guru dalam bilik darjah tetapi dengan guru terbaik di dunia. Ini semua hanya boleh dilaksanakan melalui pemanfaatan digital.
Kemahiran Insaniah Digital sebagai keperluan?
Penambahbaikan untuk Kemahiran Insaniah berkaitan Kemahiran Digital adalah mengikut keperluan pelajar kontemporari di mana mereka kini berpeluang untuk belajar melalui Open Education Resource dan Micro-credentials melalui komuniti. Ini adalah pembelajaran masa kini.
Untuk dapatkan perspektif tentang kejurulatihan digital, klik pada pautan berikut:
Web 2.0- 3.0 & Metafora Pembelajaran?
Web 2.0 dan Web 3.0
Perbezaan penggunaan Web 1.0 hingga kepada Web 3.0 telah berlaku. Jadi cara pembelajaran juga berubah mengikut penggunaan teknologi digital. Cabarannya adalah pemikiran pensyarah dan guru adalah kepada pengguna Web 1.0 kerana semasa kita menjadi pelajar di sekolah serta universiti, cara begitulah kita gunakan teknologi untuk pembelajaran kita. Cara ini adalah tidak sesuai untuk pelajar Generasi Alpha yang dari kecil sudah didedahkan kepada teknologi. Dengan kemudahan yang ada, mereka adalah pencipta kandungan yang biasa dengan kandungan digital dalam kehidupan mereka. Malangnya apabila mereka berada dalam kelas untuk proses P&P, mereka terpaksa mengikut cara penggunaan teknologi oleh guru yang mengikut apa yang telah dipelajari dari pensyarah.
Metafora Pembelajaran
Dialogik pula merujuk kepada situasi pembelajaran di mana pertukaran pendapat serta penyampaian dan penerimaan makna berlaku melalui interaksi antara individu. Dengan adanya media sosial, maka banyak situasi pembelajaran kini berlaku sebegini dalam kalangan kita. Chatbot seperti ChatGPT juga boleh membuatkan pembelajaran pelajar menjadi terperibadi (personalised learning).
Trialogik adalah situasi yang diharapkan berlaku kini, kerana proses pembelajaran berlaku melalui objek yang dikongsi, dan penambahbaikan proses pembelajaran serta objek tersebut sentiasa terlaksana antara pelajar dan komuniti. Pembelajaran Trialogik ini juga akan membuka kepada pelbagai penghasilan inovasi. Contoh secara dekat, ini juga merupakan satu keadaan yang akan berlaku melalui penggunaan DLO-KPPB kerana salah satu komponen reka bentuk adalah pemanfaatan sumber dan teknologi digital.
Penggunaan Pembelajaran Trialogikal adalah keadaan pembelajaran kontemporari. Pelajar generasi kini menggunakan teknologi digital sebagai medium. Bahkan, medium seperti Artificial Intelligence dapat membantu pelajar dalam memperibadikan pembelajaran mereka.
Kenapa Interdisiplin?
Seperti fokus pendidikan STEM dan STEAM, pembelajaran interdisiplin adalah cara pembelajaran generasi masa kini. Begitu juga apabila kita merujuk kepada pembelajaran terperibadi (personalised learning) dan Pedagogi Terbeza (Differentiated Instruction) di mana setiap pelajar akan mempunyai kemahiran pelbagai disiplin yang berbeza yang kita boleh 'kategorikan'.
Jadi pendekatan interdisiplin bukanlah semata-mata untuk menggabungkan disiplin dan menjadikan pembelajaran yang kompleks, tetapi melalui pembelajaran ini, pelajar akan belajar KEMAHIRAN UNTUK BERFIKIR DAN BERTINDAK SECARA INTERDISIPLIN DALAM DUNIA YANG KOMPLEKS/ VUCA/ RUPT ini. Tonton suara pelajar tentang kenapa pentingnya pendekatan interdisiplin untuk pelajar. Tonton juga kenapa ada penawaran kursus khusus untuk interdisiplin.
Gambaran Keseluruhan: Keperluan dan Kehendak Pendidikan Kini/ Kontemporari
Berdasarkan 7 konsep yang telah dibincangkan dalam ruang sebelum ini, maka kita boleh simpulkan bahawa DLO-KPPB memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di IPGM yang kemudiannya akan dibawa ke sekolah sebagai persediaan kepada pelajar masa hadapan. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai pendidik kepada bakal pendidik agar pelajar di sekolah mendapat pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Ini juga telah ajukan oleh pakar perancangan strategik. Roger Kaufman (2020) tentang pendidikan yang boleh memberi nilai tambah kepada organisasi dan komuniti. Proses pembelajaran yang dirancang oleh pendidik di IPGM perlu mempunyai sasaran ke arah memberi nilai tambah kepada generasi akan datang.
Oleh itu, gambaran keseluruhan agar kita dapat merancang satu proses pengajaran dan pembelajaran sistemik yang relevan, berkesan dan memberi nilai tambah kepada komuniti dan kehidupan pelajar, boleh diilustrasikan seperti berikut (anda boleh klik pada imej di bawah untuk dapatkan sumber dan maklumat pada ikon-ikon yang ada dalam gambar):
Pertimbangan Elemen Penting KPPB dalam Pembangunan OPD?
CIRI-CIRI OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL
OPD-KPPB Stand-alone?
Anda boleh rujuk tentang ciri-ciri OPD-KPPB yang telah disebarkan bermula 2022, ciri-ciri OPD-KPPB ini mengambil kira keadaan persekitaran pembelajaran yang kolaboratif berdasarkan rujukan ini. Antara ciri-ciri yang dinyatakan adalah:
OPD-KPPB stand alone atau satu disiplin boleh dilaksanakan untuk kursus yang baharu atau kursus yang langsung tidak dapat digabungkan dengan disiplin kursus yang lain. Untuk menentukan keputusan ini, proses MERUNGKAI dan MERANGKAI PERLU DILAKSANAKAN dengan teliti, dan bukannya menilai secara permukaan sahaja. Ini disebabkan dalam KPPB 2.0 fokus adalah kepada keseluruhan proses Pengajaran dan Pembelajaran, dan bukannya hanya kepada Pentaksiran sahaja.
Berikut adalah contoh KPPB satu disiplin bagi kursus Asas Pembelajaran Digital. Prinsip KPPB diaplikasikan dalam kursus tersebut mengikut The Big Idea dan tema yang disusun berdasarkan gabungan topik-topik.
Kursus Asas Pembelajaran Digital ini dilaksanakan pada Jan-Jun 2022, maka templat DLO-KPPB belum digunakan.
OPD-KPPB Interdiscipline?
Berikut adalah contoh OPD-KPPB Interdisiplin yang menggabungkan disiplin Teknologi dan Pendidikan Seni Visual.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya. KPPB dan OPD-KPPB merupakan satu pendekatan yang memerlukan TRANSFORMASI pemikiran dan amalan warga IPGM. Proses mengenali dan permulaan bagi setiap transformasi bukanlah mudah, tetapi dengan melihat kepada keperluan pelajar dan pelajar masa akan datang memerlukan semua warga IPGM memulakan langkah untuk transformasi demi kelangsungan hidup generasi akan datang.
SUMBER
Pemantapan Kompetensi Digital
Pelajari bagaimana untuk memantapkan kompetensi digital anda melalui program dan pensijilan dari Google, Microsoft dan Apple.
Interaktiviti dalam OPD-KPPB: Hyperdocs
Selain dari Reusable dan Replicable, OPD-KPPB perlulah interaktif. Salah satu caranya adalah melalui penggunaan Hyperdocs.
Teknologi Disruptif IR 4.0
IR 4.0 kian berlalu, kita sedang memasuki IR 5.0. Jadi kita perlu segera bertindak dengan menggunakan teknologi disruptif dalam pendidikan kontemporari: Artificial Intelligences atau Kecerdasan Buatan.
Tonton video berikut untuk ketahui apa yang kita sedang alami dalam pendidikan IPGM.
Borang OPD-KPPB 2023
Borang untuk 3 proses: Merungkai - Merangkai (rancang KmR) - Jajar OPD-KPPB.
BORANG KRITERIA PENILAIAN OPD-KPPB
ADA SOALAN?
Tanya soalan tentang OPD-KPPB samada dalam bengkel atau di luar bengkel. Klik imej berikut untuk ke Google Jamboard. Gunakan Sticky Note.
MYRACE PDPC: OBJEK PEMBELAJARAN DIGITAL KPPB INTERDISIPLIN DAN KONTEMPORARI © 2023 by Mimma Sayuti Mat Khalid is licensed under CC BY-NC-ND 4.0. To view a copy of this license, visit https://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/
Hakcipta 'MyRACE PdPC" telah didaftarkan : LY2024W05643 di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.